Jom Dengar Lagu

Ahad, 13 Oktober 2013

Raya Oh Raya~~ Second Chapter

HAI!! Lama x jenguk mr.blog ne,  kesian banyak yang dah tak betul >-< tak apa nanti ada masa saya update awak ye blog.....

Hari pertama raya....

Perasaan sayu dan pilu datang pabila kehilangan orang yang terdekat, selepas solat sunat raya saya sekeluarga pergi ke rumah arwah adik atok... Untuk tahlil arwah, ramai jugak yang datang... Memang terasa sangat kehilangan beliau....Sedih memang sangat sedih.....Lepas selesai je tahlil arwah kitaorang balik......Memang hari pertama raya sangat letih perjalanan jauh, bukan dekat rumah arwah tu..

Bila sampai je rumah, apa lagi zoommm carik bantal tido hohoho (tak senonoh betul)...Tapi hati saya rasa lain sangat macam ada benda yang tak kena, hak tu jugak teringat dekat dua orang insan yang sangat saya sayang dan rindu nak jumpa iaitu cikgu bahasa melayu lelaki(tuition) dengan perempuan(sekolah)...Plan nak ajak kawan-kawan beraya dekat rumah cikgu bahasa melayu perempuan(sekolah) dah lama tak jumpa dengan cikgu semenjak cikgu sakit dan semenjak kitaorang habis sekolah menengah...

Tetiba akak datang terjah cakap "cikgu (nama) meninggal lepas solat sunat raya" Ya Allah terasa bagai terhenti dunia dari berpusing, semoga itu jadi mimpi buruk tapi saya bukan mudah percaya cakap so tanya mintak kepastian "kau bohong kan??" "tengok ne gambar" dengan hati yang berdebar-debar saya tengok lah gambar tu, senyum mula terukir dekat bibir dan cakap "bukan lah, cikgu kali terakir aku jumpa dah berisi sikit. orang lain kut"

Okey akak saya percaya, mungkin ada benarnya apa yang saya cakap. Dan tidak lama kemudian datang pulang adik "Oi cikgu aku cakap betul cikgu (nama) baru meninggal tadi pagi" kata-kata keramat tu membuat Nad terhenti tersenyum, tetapi tetap Nad gagahkan untuk melafaskan kalimah "Inalillahi" Mungkin ini lah penghujung penderitaan cikgu Nad harap cikgu pergi dengan tenang

Dengan mata yang panas hendak menangis, Nad pergi tandas dan mencurahkan airmata yang tak sabar-sabar hendak keluar... Nad tak nak hanyut dengan kesedihan yang melanda kata-kata semangat datang "Jangan menangis nanti cikgu sedih tengok".... Dari itu segera Nad keluar dari tandas dan membaca surah Al-fatihah untuk cikgu tersayang dan mula positive kan diri, yang Nad hairan kenapa tak ada seorang pun dari bekas rakan satu kelas tak hantar sms atau whatsapp?? Mungkin mereka sedih jugak atau tak tahu... Nak hantar sms dengan whatsapp dekat mereka number phone tak de huhuh harap ada lah yang buat group nanti at whatsapp untuk inform tentang tu...

Okey hentikan cerita sedih tu, petang hari pertama raya tu Nad satu family gerak menziarahi adik perempuan atok yang tinggal tak jauh dari tempat kitaorang tinggal hanyan beberapa minit dah sampai... Dah sampai dekat situ suasanan sayu datang balik, datang-datang je adik perempuan atok peluk kitaorang seorang-seorang paling lama dia peluk atok lah dengan nenek.... Airmata pun jatuh huhhu siapa tak sedih baru lepas kehilangan adik/abang kandung mestilah tak nak kehilang lagi, lagi-lagi atok yang ada sakit...hmmm

Kami doakan semoga atok dengan nenek dan semua orang panjang umur dan sentiasa sehat berserta sentiasa berada dibawah lindungan Allah SWT jua AMIN100x....

Sampai disini sahaja chapter kedua Raya Oh Raya~~ Harap korang semua faham lah ye Nad main tekan keyboard jew ikut minda yang megawal :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum...
Tinggalkan comment awak semua mengenai blog ini. Sekiranya ada pesanan untuk saya sila tinggalkan diruangan ini atau shoutbox. Terima Kasih Mengunjungi Blog Ini