Jom Dengar Lagu

Rabu, 11 September 2013

Entry Ramadhan 2013 - Chapter 2

Ramadhan Ya Ramadhan!!!

Alhamdulillah first Ramadhan berjalan dengan lancar, puasa pun tak pancit macam Mail sahabat Upin & Ipin. Dugaan?? Memang banyak al-maklum gerai mana yang tak ada bau sedap?? Kerja mana tak letih??  Hai hai hai nasib baik iman kuat kalau tak dah pancit... Lagi satu kalau tak kuat iman nak melayan kerenah orang ramai memang sah mengamuk betul tak?? Berkat bulan Ramadhan dan iman yang dibekal semua dapat diatasi dengan mudah :)

#Oh ya!! Bagaimana dengan hari-hari seterusnya first entry ada sebut tentang Tong Gas Berapi dan Meletup..Bila tu? Gerai mana yang punya Tong Gas? Nad okey tak? Ada yang cedera tak?

Okey hari-hari puasa yang lain okey je macam biasa, hujan panas berangin... Bagi Nad semua tu macam dah lali, layan perangai costumer yang macam-macam, dengar suara orang terpekit melolong memanggil costumer, layan perangai rakan sekerja yang okey boleh buat kawan dan layan perangai rakan sekerja yang suka menaikan blood pressure....Hidup kalau tak ada kekuatan iman dan tidak menyediakan kekuatan dari segi fizikal dan mental mesti dah lama letak jawatan, alhamdulillah walau tak banyak iman dalam diri Nad, still dapat control sifat pemarah terhadap rakan sekerja yang suka sangat membuat blood pressure naik...

Kadang-kadang kita tak dapat kasi muka dengan orang yang suka menjahanamkan tahap kesabaran kita betul tak??....

Tong Gas Berapi dan Meletup??? Hahahahahaha tu bukan khabar angin.... Selalu Nad tengok Tv atau dengar dalam radio berita tentang tong gas meletup now this happen right in front of my eyes. Masa tu puasa ke *5 or *6, tengah sibuk-sibuk bungkus ayam untuk pelanggan kedengaran jeritan orang ramai lalu berpusu-pusu melarikan diri ke tempat yang selamat iaitu tempat yang berdekataan dengan gerai Nad bertugas. Riaksi Nad lambat, bila dah ingat yang adik lelaki Nad berada ditempat yang hampir dekat dengan gerai ayah saudara babah Nad lagi satu baru macam-macam perasaan timbul dalam diri Nad terkejut, takut rasa nak menangis, panik dan macam-macam. Tong gas mula mengeluarkan api yang besar dan membuat bunyi yang kuat lalu bergegarlah tempat gerai-gerai terletak, tangan Nad yang tadinya membungkus pesanan pelanggan terus kaku air mata jatuh dan badan terasa ringgan nasib meja dekat sempat jugak berpaut kalau tak jatuhlah bila dah keadaan semakin penik dengan suara-suara orang ramai lagi Nad rasa macam nak lari saja cari adik tapi sempat jugak makcik Nad kata babah ada dekat situ, okey Nad fikir positive berdoa berzikir semoga tak ada yang cedera.

Setelah keadaan reda ahli pasukan bomba dan penyelamat datang, dan orang ramai mula bergerak balik sambung shopping dan datang adik dengan selumber badak sembu sambil bercerita tentang kejadian tadi. Fuhhhhh~~ Semua selamat Alhamdulilla....Tak ada yang cedera ^^ Syukur Ya Allah!! Dibulan yang penuh rahmat iaitu bulan Ramadhan Engkau telah lindungi kami semua....

Itu saja dahulu dari saya Nad..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum...
Tinggalkan comment awak semua mengenai blog ini. Sekiranya ada pesanan untuk saya sila tinggalkan diruangan ini atau shoutbox. Terima Kasih Mengunjungi Blog Ini