Jom Dengar Lagu

Isnin, 1 April 2013

Jom kenal Dengan Nad

Assalamu'alaikum...

 Tanya Khabar Dan Sedikit Nasihat:
       Apa khabar awak semua hari ini (bila awak baca)....?? saya harap semoga semua sihat selalu dan dibawah lindungan Allah SWT jua amin... Yang tak sihat tu makan lah ubat ye?? (kalau nak sembuh cepat) pada yang tak pandai atau geli atau takut makan ubat (anti sangat) kepada yang namanya ubat tu belajar-belajarlah makan ye.. kenape?? Badan yang sihat lagi bertenaga teramatlah penting untuk kita, kalau kita kurang sihat takde tenaga macam mana nak buat kerje dengan baik, betul, dan bagus? Dari itu kenalah belajar-belajar makan ubat... Saya pun sama seorang yang sangat geli dan takut nak makan ubat, kerana nak sihat tak nak susahkan mama so saya pun telan ubat tu dengan rela hati (rela kew?? itu saya jew yang tahu ehehe)

Mengenai Saya:

       Nama saya yang pendek Nadiah kawan-kawan panggil Nad jew atau Nadi. Dilahirkan pada hari Ahad bersamaan dengan 3hb September 1995. Mempunyai seramai 6 orang adik-beradaik termasuk saya dan sepasang ibubapa. Mempunyai 2 sahabat karib dua-dua perempuan. mempunyai ramai kawan (ye kew ramai???)

       Saya mempunyai pelbagai macam atau jenis perangai atau sifat iaitu periang, happy go luck, hyper, cool, pemarah, peramah, weird, moody, sweet (yekew sweet??), hormat orang dan brutel. Suka budak-budak, suka baca novel, suka makan ice-cream dan chocolate. Suka semua warna.

       Saya tak memilih kawan. Siapa jew dibawa bekawan tak kira bangsa agama yang penting orang tu okey, baik dan jujur serta amanah. Hati saya lembut bak sutera (cewah yekew?? Masuk bakul angkat sendiri). Saya bukan cantik bak bidadari syurga, bukan cantik secantik Ainul Mardhiah tak cerdik secerdik sang kancil saya biasa-biasa saja ada sepasang mata untuk melihat, sepasang telinga untuk mendengar, hidung untuk menghidu, mulut untuk berbicara, sepasang tangan untuk melakukan aktiviti dan sepasang kaki untuk bergerak. Badan tak lah gemuk tak pulak kurus biasa-biasa jew. Ketinggian tak lah tinggi tak pulak rendah sederhana jew (158/160/163).

Itu jew kut nak kongsi dekat awak semua... Kalau nak tahu lebih lanjut tentang saya jangan segan-segan bertanya dekat saya, saya bukan makan orang pun makan nasi jew :)


 salam kenal dan sayang
   nadiah

                                                                                                                                       

1 ulasan:

Assalamualaikum...
Tinggalkan comment awak semua mengenai blog ini. Sekiranya ada pesanan untuk saya sila tinggalkan diruangan ini atau shoutbox. Terima Kasih Mengunjungi Blog Ini